Markus 15:9-11 (AVB) Pilatus bertanya, “Adakah kamu mahu aku membebaskan kepadamu Raja orang Yahudi?”
oleh sebab dia tahu bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati.
Tetapi ketua-ketua imam menghasut orang ramai supaya meminta Barabas dibebaskan kepada mereka.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati" Selepas Tuhan Yesus diadili oleh mahkamah agama orang Yahudi ibarat mahkamah Anak Negeri dalam konteks kita hari ini, orang Yahudi membawa Tuhan Yesus kepada gebenor atau ketua daerah kalau kita hari ini, iaitu Pilatus yang berkuasa menjatuhkan hukuman mati kepada seseorang, tidak pasti kenapa Tuhan Yesus tidak dilempar batu sehingga mati oleh mahkamah agama Yahudi tetapi mereka menyeret pula kepada kerajaan. Pilatus tahu mereka iri hati kepada Tuhan Yesus bukan sebab ada kesalahan yang boleh membawa hukuman mati.
Begitulah kuatnya kuasa iri hati boleh membunuh orang lain dan diri sendiri, berbanding kasih menyelamatkan semua orang (Yoh. 3:16).
Mari kita belajar tidak menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati, buanglah iri hati jauh-jauh.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
11.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment