Lukas 5:6-8 (AVB) Setelah menebarkan jala, mereka menangkap begitu banyak ikan sehingga jala hampir terkoyak. Mereka memanggil rakan-rakan dari perahu lain supaya datang menolong. Mereka datang lalu memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu-perahu itu hampir tenggelam. Apabila Simon Petrus melihat apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus dan berkata, “Tinggalkan hamba, ya Tuhan, kerana hamba seorang yang berdosa!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jala hampir koyak" Kisah bagaimana Petrus, Yakobus dan Yohanes dipanggil menjadi murid Tuhan Yesus (ay.10) bermula apabila Jala mereka hampir koyak kerana sarat dengan tangkapan ikan (ay.6). Dua buah perahu mereka juga hampir tengelam kerana muatan tangkapan ikan itu (ay.7) sedangkan semalaman mereka menjala tetapi tidak mendapat ikan (ay.5). Petrus sedar dirinya orang berdosa apabila melihat kejadian jala hampir koyak dan dua buah perahu mereka hampir tengelam kerana tangkap ikan yang sangat banyak pada waktu siang. Itu satu keajaiban yang menginsafkan Petrus. Hari ini berapa kali jala kita hampir koyak kerana berkat TUHAN adakah itu cukup menginsafkan saya dan kita semua, seperti Petrus berlutut di hadapan Tuhan dan berkata "tinggalkan hamba ya Tuhan kerana hamba orang berdosa" (ay.8). Nikmat kebendaan yang kita ada sekarang TUHAN bermaksud supaya kita insaf bahawa kita orang berdosa yang tidak layak menerima itu semua. Mari kita belajar jala hampir koyak dan perahu hampir tengelam kerana muatan tangkapan ikan, insaflah. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 17.10.2024.

Comments

Popular Posts