Markus 8:31-33 (AVB) Kemudian Yesus mula mengajar mereka bahawa Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan bangkit semula.
Yesus mengatakan perkara ini dengan terus terang. Oleh itu, Petrus menarik Yesus ke tepi lalu menegur Dia.
Yesus berpaling memandang murid-murid-Nya lalu menegur Petrus, “Pergilah dari sini, Iblis! Kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pergilah dari sini, Iblis!" Ketika Tuhan Yesus bertanya kepada para murid-Nya siapa Dia Petrus mengatakan Dia ialah Mesias (ay.29) jawapan Petrus itu tepat. Tetapi tidak pasti pemahaman Mesias itu adakah menurut Alkitab atau menurut fikiran orang Israel yang berfikir seseorang yang akan memulihkan kerajaan Daud. Kemudian Tuhan Yesus mula mengajar bahawa Dia akan mengalami banyak kesengsaraan, ditolak oleh pemimpin masyarat, ketua imam dan ahli Taurat kemudian Dia akan di bunuh (ay.31) Tetapi pada hari ke tiga Dia bangkit (ay 31). Tidak disebut orang Farisi mungkin golongan ini tidak setuju pembunuhan Tuhan Yesus.
Petrus tidak setuju dengan kenyataan bahawa Mesias akan dibunuh, tidak sesuai harapan Petrus dengan kebenaran Alkitab, Tuhan Yesus mengatakan kepada Petrus pergilah dari sini, Iblis!.
Semua harapan dan kenyataan yang tidak selari dengan kebenaran Alkitab itu adalah Iblis.
Mari kita belajar berfikir, berkata dan bertindak selari dengan kebenaran Alkitab, kalau tidak Tuhan Yesus akan mengatakan kepada kita pergilah dari sini, Iblis!
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
4.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment