Lukas 6:46-48 (AVB) “Mengapakah kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ tetapi tidak mematuhi perintah-Ku?"
Aku akan menunjukkan kepadamu keadaan orang yang datang kepada-Ku dan mendengar serta menurut kata-kata-Ku.
Dia umpama seorang yang membina rumah. Dia menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah itu di atas batu. Apabila banjir berlaku, arus dari sungai akan melanda rumah itu tetapi tidak dapat menggoncangkannya kerana rumah itu didirikan dengan kukuh.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memanggil Aku, 'Tuhan, Tuhan,' tetapi tidak mematuhi perintah-Ku? Tuhan Yesus mengajar di hadapan ramai orang dalam versi injil Lukas di tanah rata tetapi versi injil Matius di atas bukit, isi ajaran hampir sama. Salah satu yang Tuhan Yesus khutbah ajaran tentang mematuhi perintah Tuhan Yesus, ramai yang memanggil Tuhan Yesus, 'Tuhan, Tuhan,' tetapi kesaksian hidup mereka tidak seperti yang diajarkan oleh Tuhan Yesus. Mereka ini ibarat rumah yang tidak kukuh, di bina di atas tanah tanpa asas, apabila banjir berlaku rumah itu tidak dapat bertahan roboh dan dihanyutkan arus (ay.49).
Kukuh atau tidak imam kita kepada Tuhan Yesus bukan bergantung kepada pengetahuan kita tetapi sejauh mana mematuhi dan melakukan perintah-Nya, kalau kita lakukan itu kita ibarat rumah yang dibina di atas asas yang kukuh, tidak dapat dihanyutkan oleh arus banjir (ay.48). Kekuatan saya, anda, gereja, keluarga dan negara kita kerana mematuhi perintah Tuhan Yesus. Salah satunya mengasihi orang lain seperti diri sendiri (Luk. 10:27).
Mari kita belajar jangan hanya memanggil Aku, 'Tuhan, Tuhan,' tetapi tidak mematuhi perintah -Ku kata Tuhan Yesus.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia.
18.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment