Lukas 7:4-7 (AVB) Ketika mendapatkan Yesus, mereka merayu kepada-Nya, “Dia wajar mendapat pertolongan-Mu,
kerana dia mencintai bangsa kita dan telah mendirikan sebuah saumaah bagi kami.”
Lalu Yesus pun pergi bersama mereka. Tatkala Dia tidak berapa jauh dari rumah, ketua tentera itu menyuruh beberapa orang sahabat memberitahu Yesus, “Tuan, tidak usah Tuan menyusahkan diri kerana aku tidak layak menyambut Tuan ke rumahku.
Aku juga tidak layak datang untuk menemui Tuan. Perintahkanlah sahaja, tentu hambaku akan sembuh.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mendirikan saumaah untuk kami" Tuhan Yesus tiba di Kapernaum sesampai di sana ada utusan ketua tentera memberi tahu Tuhan Yesus supaya datang ke rumahnya untuk menyembuhkan hambanya yang sakit hampir mati (ay. 1-3). Kata orang Yahudi kepada Tuhan Yesus ketua askar itu layak ditolong kerana dia mencintai bangsa mereka dan membina saumaah /rumah ibadat mereka (ay.4-5). Rupanya pada zaman Tuhan Yesus pun ada juga bantuan kerajaan membina saumaah seperti kita hari ini membina bangunan gereja, boleh dikatakan hampir semua bangunan gereja khususnya gereja PCS dibina oleh kerajaan. Tidaklah adil kalau kita tidak mendoakan kesejahteraan pemerintahan. Tuhan Yesus sendiri mahu menolong ketua askar itu malahan memuji imannya yang lebih besar berbanding di kalangan orang Israel sendiri (ay.9).
Mari kita belajar menolong pemerintah melalui doa dan memberi kerjasama sebab mendirikan saumaah untuk kami. Damai sejahtera di sanubari kita.
๐️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
19.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment