Lukas 4:38-40 (AVB) Yesus meninggalkan saumaah itu lalu pergi ke rumah Simon. Ibu mertua Simon sedang demam panas, dan mereka memohon kepada Yesus untuk menolongnya. Yesus berdiri di tepi katilnya dan membentak demam itu lalu deman itu pun hilang. Ibu mertua Simon segera bangun dan melayan mereka. Ketika matahari sedang terbenam, semua orang yang menghidap pelbagai penyakit dibawa kepada Yesus. Dia meletakkan tangan-Nya pada setiap orang dan menyembuhkan mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari, hari ini kita belajar tentang "Ibu mertua Simon demam" Bab 4 cerita dimulakan dengan godaan Iblis kepada Tuhan Yesus di padang gurun tetapi Iblis tidak berjaya mengoda Tuhan Yesus untuk menuruti kata-katanya (ay.1-13). Kemudian Tuhan Yesus pulang ke Galilea di kampung halaman tempat Dia membesar iaitu Nazaret, di sana seperti biasa pergi ke rumah ibadat dan mengajar, tetapi Dia tidak diterima oleh orang kampung sendiri kerana mereka tahu siapa keluarga-Nya, Malah mahu dibunuh oleh orang kampung (ay.14-30). Kemudian Dia pergi ke Kapernaum masih kawasan Galilea, di sana Dia diterima, ramai orang sakit dan kerasukan roh-roh jahat disembuhkan termasuk ibu mertua Petrus sembuh dari demam panas (ay.31-44). Sekali lagi Lukas mengangkat watak seorang wanita, wanita memang tidak dapat disisikan dalam pelayanan, sebab itu kalau mereka jatuh sakit perlu kita doakan agar sembuh seperti yang Tuhan Yesus lakukan. Mari kita berlajar ibu mertua Simon demam panas tetapi disembuhkan oleh Tuhan Yesus, tugasan kita hari ini mendoakan ibu mertua kita yang sakit supaya mereka sembuh. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 16.10.2024.

Comments

Popular Posts