Lukas 18:40-43 (AVB) Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa dia kepada-Nya. Lalu tanya Yesus apabila dia mendekati-Nya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Tuhan, aku ingin melihat.” Yesus berkata kepadanya, “Terimalah penglihatanmu kembali, imanmu telah menyembuhkanmu.” Serta-merta, orang itu dapat melihat lalu mengikut Yesus sambil memuji Allah. Semua orang yang menyaksikan kejadian ini memuji Allah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Aku ingin melihat" Dalam bab 18 ada diceritakan kisah seorang buta yang berada di tepi jalan untuk mengemis (ay.35). Ketika dia mendengar seru orang ramai, dia bertanya apa yang berlaku, orang pun mengatakan kepada Yesus dari Nazaret sedang lalu (ay.36-37). Dia terus berseru, "anak Daud kasihanilah aku", ketika Tuhan Yesus tiba Dia bertanya apa yang kamu mahu (ay.41), Orang buta itu mengatakan "Tuhan aku mahu melihat" (ay.41), Tuhan Yesus pun mengatakan"terimalah kembali penglihatanmu iman mu menyembuhkanmu" (ay.42). Begitulah kisah orang buta yang beriman, mendahuli iman orang lain yang dapat melihat, walaupun buta imannya tidak buta, dia tahu siapa Tuhan Yesus bukan hanya orang Nazaret yang tidak ada apa-apa tetapi anak raja Daud sang tunas yang memulihkan kerajaan raja Daud. Mari kita belajar aku ingin melihat bukan saja penglihatan mata tetapi penglihatan iman. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 30.10.2024. Syukur kepada TUHAN genap separuh abad umur saya hari ini (1974-2024).

Comments

Popular Posts