Markus 11:1-3 (AVB) Apabila mereka sudah berhampiran Yerusalem, di Betfage dan Betania, di Bukit Zaitun, Yesus mengutus dua orang murid-Nya, kata-Nya, “Pergilah ke kampung yang di hadapan itu. Sebaik-baik kamu masuk, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang belum pernah ditunggang, tertambat di situ. Lepaskannya dan bawa ke mari. Jika sesiapa bertanya kepadamu, ‘Mengapa kau berbuat demikian?’ katakan, ‘Tuhan memerlukannya, dan Dia akan segera memulangkannya.’ ” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mendapati seekor keldai" Tuhan Yesus mengutus dua orang murid-Nya, tidak disebut nama mereka, untuk pergi ke Yerusalem mendapatkan anak keldai yang belum pernah ditunggagi, Dia mahu menunggang keldai itu untuk masuk ke Yerusalem, Tuhan Yesus agak kreatif juga menggunakan anak keldai berbanding berjalan kaki atau menggunakan kuda, sudah tentu tindakan-Nya menjadi perhatian. Murid yang diutus Tuhan Yesus melakukan apa yang disuruh dan berlaku juga seperti yang dikatakan-Nya. Tuhan Yesus mempunyai cara sendiri untuk masuk kota Yerusalem, pelayanan kita juga perlu kreatif bermula dari datang ke gereja, sambuatan dan kebaktian perlu dirancang dengan teliti dan kreatif, seperti yang dilakukan oleh Tuhan Yesus (ay.11-13). Dalam masa yang sama ada teologi di sebalik serta memenuhi nubuatan nabi Zakharia (Zak.9:9). Mari kita belajar merancang pelayanan dan perjalanan hidup kita seperti Tuhan Yesus mengutus dua orang murid-Nya mendapati seekor keldai. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com KK Penampang. 7.10.2024 Genap setahun perang Israel dengan Hames dan sekarang merebak kepada Hesbollah.

Comments

Popular Posts