Markus 13:29-31 (AVB) Begitulah juga kamu. Apabila kamu melihat perkara-perkara ini, ketahuilah kamu bahawa waktunya hampir tiba, sudah di ambang pintu! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, angkatan zaman ini tidak akan luput sebelum segalanya ini terjadi. Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Angkatan ini tidak akan luput sebelum segala ini terjadi" Tuhan Yesus sedang memberi tahu tentang akhir zaman atau eskatologi kepada beberapa orang murid-Nya, zaman itu ditandai oleh kesengsaraan manusia yang tidak dapat dibayangkan (ay.24-25) mungkin waktu itu tamadun manusia akan lenyap bumi kosong dan gelap gulita seperti yang disebut dalam Kejadian 1:2. Tuhan Yesus mengatakan secara berterus terang bahawa semua itu akan berlaku pada zaman mereka, tetapi sehingga hari ini belum berlaku. Alkitab mengajar setiap zaman itulah akhir zaman, kenapa belum berlaku sebab memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat, bagi TUHAN tidak susah menjadikan dunia ini kosong dan gelap gulita hari ini saat ini. Tetapi TUHAN mahu kita bertaubat. Mari kita belajar angkatan ini tidak akan luput sebelum segala ini berlaku sebab itu bertaubatlah dari kejahatan hari ini. Damai sejahtera disanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 9.10.2024.

Comments

Popular Posts