Lukas 13:3-5 (AVB) Aku berkata kepadamu bukan begitu; tetapi jika kamu tidak bertaubat daripada dosamu, kamu akan binasa sedemikian juga.
Bagaimanakah pula dengan lapan belas orang yang mati ditimpa oleh menara di Siloam? Adakah mereka lebih bersalah daripada semua penduduk lain di kota Yerusalem?
Aku berkata kepadamu bukan begitu; tetapi jika kamu tidak bertaubat, kamu semua akan binasa sedemikian juga.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Semua akan binasa" Bab 13 di ceritakan tentang ada orang Galilea dibunuh oleh Pilatus semasa mereka mempersembahakan korban kepada TUHAN (ay.1) kemudian ada lagi 18 orang yang mati di Siloam kerana ditimpa oleh manara yang runtuh (ay.4) persoalan rakyat adakah mereka lebih berdosa daripada orang lain, atau dengan kata lain adakah mereka orang berdosa sehingga dihukum oleh TUHAN demikian. Tetapi Tuhan Yesus mengatakan tidak, tetapi semua orang mati seperti itu kalau tidak bertaubat. Maksudnya semua orang berdosa bukan hanya mereka yang mati di bunuh oleh Pilatus atau ditimpa menara runtuh di Siloam.
Kita selalu berfikir seperti itu, kalau seseorang ditimpa kesusahan itu hukum TUHAN kerana berdosa, tetapi sebenarnya kita semua dalam hukuman TUHAN seperti mereka yang dibunuh oleh Pilatus dan yang mati ditimpa menara kalau tidak bertaubat.
Mari kita belajar bahawa semua orang perlu bertaubat daripada kejahatan sebelum hukuman menimpa kalau tidak semua orang akan binasa.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah.
25.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment