Markus 6:5-6 (AVB) Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka.
Dia sungguh hairan bahawa mereka tidak percaya. Selepas itu, Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar itu dan mengajar.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak dapat melakukan satu mukjizat pun" Setelah Tuhan Yesus melakukan banyak pelayanan dan mujizat di tempat lain seperti yang disebut dalam bab sebelum ini. Dia pulang ke kampung halaman-Nya Nazaret, mungkin Dia akan disambut dengan meriah tetapi sebaliknya yang berlaku orang Nazaret enggan menerima-Nya (ay.3) dengan alasan kerana Dia anak tukang kayu, ibu dan adik beradik dikenal oleh mereka (ay.3), di tempat kita lain pula, kalau tidak kenal maka tidak cinta, mungkin orang Nazaret berfikir seorang nabi itu orang yang mereka tidak kenal. Akibatnya Tuhan Yesus tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di Nazaret, kerana tiada mukjizat kalau tidak percaya.
Mari kita belajar percaya kepada Tuhan Yesus kerana tidak dapat melakukan satu mukjizat pun kalau tidak percaya.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
2.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment