Lukas 12:48 (AVB) Tetapi hamba yang tidak mengetahui kehendak tuannya, sekalipun melakukan perkara yang patut dihukum sebat, akan dihukum dengan ringan sahaja. Kerana sesiapa yang diberikan banyak, banyak pula akan dituntut daripadanya. Semakin banyak yang diamanahkan kepada seseorang, semakin banyak pula yang akan dituntut daripadanya.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tentang "Semakin banyak pula yang akan dituntut" Bab 12 Injil Lukas banyak bercakap tentang perumpamaan tentang hamba yang setia dan derhaka (ay.35-56), zaman itu kerja dilakukan oleh hamba abdi zaman kita pula dilakukkan oleh pekerja yang dibayar gaji sesuai gaji minima yang kerajaan tetapkan. Pada zaman itu hamba abdi tidak ada gaji, kalau hamba abdi itu setia tuannya akan memartabatkan dia, ada yang diangkat sebagai anak. Itulah yang disebut Tuhan Yesus hamba abdi yang setia, tetapi hamba abdi yang derhaka akan dihukum malah ada yang dibunuh sebab nyawa hamba abdi ditangan tuannya. Hamba abdi yang setia diberi tanggung jawap yang lebih besar kalau dia gagal menjalankan amanah dihukum lagi.
Minggu depan gereja kita ada persidangan umum yang dipanggil Senoda (ke-40) ada pemilihan. Hamba Kristus yang setia itulah yang dipilih oleh TUHAN, tetapi ingat semakin banyak yang diamanahkan kepada seseorang, semakin banyak pula yang akan dituntut daripadanya. Mereka yang fikiran boleh memberi lebih banyak daripada orang lain adalah layak diberi tanggung jawap yang lebih.
Mari kita belajar semakin banyak yang diamanahkan kepada kita semakin banyak pula yang akan dituntut oleh TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
24.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment