Lukas 10:21-22 (AVB) Pada ketika itu, Yesus bersukacita dalam Roh Kudus lalu berkata, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil. Ya Bapa, memang inilah yang Engkau berkenan. “Bapa-Ku telah menyerahkan segala-galanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa; dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Anak serta orang yang terpilih Anak untuk menyatakan Bapa.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa" Ketika tujuh puluh pengikut Tuhan Yesus pulang dari pelayanan misi mereka sangat gembira kerana demi nama Tuhan Yesus segala roh iblis mendengar perintah mereka (ay.17), tetapi Tuhan Yesus berkata kepada mereka janganlah kamu bersukacita kerana itu tetapi kerana nama mu sudah dicatat di syurga (ay.20). Kemudian Tuhan Yesus bersukacita mungkin Dia bernyanyi, Dia berkata sangat bersyukur kepada Bapa kerana merahsiakan kerajaan TUHAN itu kepada bijak pandai tetapi dinyatakan kepada anak kecil (ay.21). Bapa telah menyerahkan semuanya kepada-Nya. Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Anak dan orang yang terpilih yang dinyatkan oleh Anak (ay.22). Sebab itu kalau kita bercakap tentang Injil bukan semua orang memahami dan menerima hanya yang terpilih sahaja dinyatkan oleh Tuhan Yesus kebenaran itu. Mari kita belajar tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa kita sangat bertuah sebab Bapa menyatakan kepada kita siapa Anak itu melalui Roh Kudus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.10.2024.

Comments

Popular Posts