Markus 16:7-8 (AVB) Tetapi, pergilah, beritahu murid-murid-Nya, termasuk Petrus, bahawa Dia mendahuluimu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya, seperti yang telah dikatakan-Nya kepada kamu.” Mereka pun segera keluar dan berlari meninggalkan makam itu, kerana mereka gementar dan kehairanan. Mereka tidak berkata apa-apa kepada sesiapa, kerana mereka takut. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Seperti yang telah dikatakan-Nya kepada kamu" Injil Markus ditutup pada ayat 8, ayat 9 sehingga 20 kata-kata pentutup yang ditambah yang mengambil penutup dari Injil Matius, Lukas dan Yohanes, tidak pasti kenapa berlaku seperti itu, agaknya kalau zaman kita mesti ada nota kaki rujukan diambil. Penutup asal Injil Markus diakhiri kisah beberapa perempuan ke kubur Tuhan Yesus untuk melumuri tubuh-Nya dengan rempah ratus (ay.1), setiba di sana batu besar pentutup kubur sudah diguling (ay.4), mereka pun masuk ke dalam kubur, mendapati seorang pemuda yang berjuba putih, dia berkata Tuhan Yesus sudah bangkit (ay.6) Dia mendahuli kamu ke Galilea di sanalah kamu akan bertemu Dia seperti yang telah dikatakan-Nya kepada kamu (ay.7). Kalau para pengikut perempuan, para murid-Nya serta para pengikut yang lain ingat, percaya dan bertindak seperti yang telah dikatakan-Nya kepada mereka, tiadalah drama terkejut, ketakutan yang terlalu takut, binggung, hairan dan sebagainya sebab mereka sudah tahu apa yang akan berlaku, mereka telah berada di Galilea menunggu Tuhan Yesus di tempat yang mereka biasa berkumpul sambil santai-santai, bergembira dan aman damai, tetapi sebaliknya yang berlaku sebab tidak ingat dan tidak percaya. Mari kita belajar ingat, percaya dan bertindak seperti yang telah dikatakan-Nya kepada kamu konteks kita hari ini kedatangan Tuhan Yesus sebagai raja dan hakim seperti yang telah dikatakan kepada kita dalam Alkitab. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 12.10.2024.

Comments

Popular Posts