Lukas 8:1-3 (AVB) Tidak lama kemudian, Yesus pergi dari bandar ke bandar dan dari kampung ke kampung untuk menyampaikan perkhabaran baik tentang kerajaan Allah. Dua belas murid itu pergi bersama-Nya.
Begitu juga beberapa orang perempuan yang telah disembuhkan daripada kerasukan roh iblis dan daripada berbagai-bagai penyakit, iaitu Maria (yang disebut orang Magdalena) yang daripadanya telah diusir tujuh roh iblis;
Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Raja Herodes; Susana dan ramai perempuan lain yang menggunakan harta benda mereka untuk membantu Yesus serta murid-murid-Nya.
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menggunakan harta benda mereka untuk membantu" Injil Lukas mencatat selain dua belas murid Tuhan Yesus ada beberapa perempuan yang ikut bersama dalam pasukan pelayanan-Nya, antaranya Maria dari Magdalena, Yohana isteri kepada pegawai istana raja Herodes, Susana dan ramai lagi, mereka menggunakan harta benda mereka untuk membantu Tuhan Yesus dan para murid-Nya (ay.1-3). Mungkin para pengikut perempuan ini orang kaya yang murah hati sehingga sanggup membelanjakan harta benda mereka, hari ini kita panggilan mereka sebagai sponsor. Mereka tampil secara sukarela, ada di antara mereka yang disembuhkan oleh Tuhan Yesus. Saya yakin mereka tampil ketika pelayanan Tuhan Yesus sudah bermula bukan sebelum bermula. Biasanya begitulah, tidak perlu takut merancang dan melakukan penginjilan atau apa saja aktiviti gereja sebab akan ada sponsor yang tampil semasa aktiviti itu sudah mula berjalan.
Mari kita belajar mereka menggunakan harta benda mereka untuk membantu Tuhan Yesus dan para murid-Nya. Ada masa kita jadi sponsor atau kita di beri sponsor.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment