Markus 14:4-6 (AVB) Beberapa orang berkata-kata sesama sendiri dengan marah, “Mengapa dibazirkan minyak wangi ini? Minyak itu dapat dijual dengan harga lebih tiga ratus keping wang dinar dan wangnya disedekahkan kepada orang miskin.” Mereka memarahi wanita itu. Tetapi Yesus berkata, “Biarkan dia begitu. Mengapakah kamu menyusahkannya? Dia telah melakukan sesuatu yang baik untuk-Ku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mereka memarahi wanita itu" Pada zaman Tuhan Yesus mudah sekali seseorang memarahi seseorang terutama wanita (ay.4) dapat dilihat kisah seorang wanita memecahkan kendi pualam yang berisi minyak narwastu murni yang amat mahal, kemudian menuangkan di kepala Tuhan Yesus (ay.3), harga minyak itu lebih daripada tiga ratus dinar (ay.5) lebih kurang dengan gaji satu tahun satu pekerja, mereka yang melihat perbuatan wanita itu satu pembaziran (ay.4). Tetapi Tuhan Yesus tidak memarahi wanita itu malah memuji tindakannya (ay.6-9). Sikap manusia memang begitu melihat sesuatu itu membazir apabila tidak kena pada keinginannya membelanjakan wang. Wanita itu sudah menggunakan minyak wangi yang mahal mungkin dia seorang yang kaya, diberikan kepada Tuhan Yesus itulah keinginannya, kita tidak perlu marah. Hari ini kita ada gereja dan jemaah, jemaah memberi sesuai keinginannya setakat yang dia fikiran tidak membazir. Tetapi kalau orang memberi banyak tidak perlu marah pula. Mari kita belajar tidak seperti mereka memarahi wanita itu. Memberi kepada gereja bukan pembaziran tetapi tanda kasih kepada TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 10.10.2024.

Comments

Popular Posts