Lukas 17:3-4 (AVB) Berwaspadalah! Jika saudaramu telah berbuat dosa terhadapmu, tegurlah dia dan jika dia bertaubat, ampunilah dia.
Jika dia berdosa sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, ‘Aku bertaubat,’ kamu hendaklah mengampuninya.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tegurlah dia" Bab 17 Injil Lukas salah satu yang diajarkan oleh Tuhan Yesus tentang menegur orang yang berbuat dosa dan mengampuni, kalau seseorang telah berdosa kepada kita tegurlah dia, kalau bertaubat ampunilah dia (ay.3), kalau saudara kita melakukan dosa berulang-ulang tetap ampuni dia kalau bertaubat. Manusia memang begitu berbuat dosa kemudian bertaubat, lambat atau cepat dia akan bertaubat terpulang kepada orang itu, ada yang cepat bertaubat, ada yang sehingga lanjut usia, ada yang pada hari-hari terakhir hidup dan ada yang tidak bertaubat langsung seumur hidup, malah berpesan untuk membalas dendam. Kenapa orang boleh bertaubat salah satu sebab kerana ada yang menegur, menegur pula bukan mudah, ada yang ditegur dia serang balik. Ada juga keadaan seseorang bertaubat tetapi tidak diampuni, masalah tidak selesai.
Mari kita belajar tegurlah dia, kalau bertaubat ampuni, selesai masalah.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
29.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment