Lukas 14:7-9 (AVB) Ketika Yesus melihat bagaimana tetamu memilih tempat duduk yang terbaik dalam jamuan itu, Dia mengatakan suatu ibarat kepada mereka: “Apabila kamu dijemput orang ke majlis perkahwinan, janganlah duduk di tempat yang terbaik. Mungkin seorang yang lebih penting daripada kamu telah dijemput, dan tuan rumah akan datang dan berkata kepadamu, ‘Berikanlah tempatmu kepada orang ini.’ Lalu dengan malu sahaja kamu berpindah ke tempat yang paling belakang. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Duduk paling belakang" Dalam bab 13 Injil Lukas ada diceritakan Tuhan Yesus makan di rumah orang Farisi yang terkemuka pada hari Sabat (ay.1). Ramai tetamu yang hadir, mereka memilih tempat duduk terbaik (ay.7). Melihat keadaan itu Tuhan Yesus mengajar kalau hadir ke majlis perkahwinan pilihlah tempat duduk paling belakang jangan duduk tempat paling baik kalau tidak dipersilakan, nanti anda malu, kalau di suruh duduk di belakang sedangkan anda sudah duduk tempat terbaik (ay.8-10). Bolehlah dikatakan ini adalah ajaran etika majlis keraian bagi orang Kristian, saya memang ingat kalau menghadiri majlis. Kalau menjadi tuan rumah pula tidaklah sampai hati menegur seseorang berpindah tempat duduk paling belakang kalau telah duduk di depan. Inti ajaran Tuhan Yesus ialah tentang kerendahan hati baik tetamu mahu pun tuan rumah. Tiada isu dimalukan kalau hadir ke majlis dengan rendah hati, begitu juga tuan rumah menyambut tetamu dengan rendah hati. Mari kita belajar duduk paling belakang terlebih dahulu sebelum dipersilakan duduk di depan tempat terbaik. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Saba, Malaysia. 26.10.2024.

Comments

Popular Posts