Lukas 16:9 (AVB) Aku berkata kepadamu supaya menggunakan kekayaan dunia untuk mendapat sahabat bagi dirimu. Apabila kekayaanmu lenyap, kamu akan disambut ke tempat kediaman yang kekal.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menggunakan kekayaan dunia untuk mendapatkan sahabat" Bab 16 antara ajaran yang Tuhan Yesus ajarkan tentang seorang pengurus yang cerdik (ay.1-15) dalam cerita itu pengurusan dikatakan telah kedapatan memboroskan wang tuannya (ay. 1), tuan pula mahu memecat pengurusan itu (ay.2), pengurusan yang cerdik itu membuatkan helah dengan mengubah surat hutang beberapa hamba yang berhutang kepada tuan supaya menjadi sedikit jumlah hutang mereka (ay.5-7), tetapi yang peliknya tuan tahu tindakan pengurusan itu, tidak pula menghukumnya tetapi memuji dia pula (ay.8). Tuhan Yesus menutup cerita itu dengan mengatakan orang dunia lebih cerdik mengurus pekerjaan mereka berbanding orang yang hidup dalam cahaya (ay.8b). Tuhan Yesus menutup ajaran itu dengan mengesah para pendengar menggunakan kekayaan dunia untuk mendapatkan sahabat, persahabat yang baik membawa seseorang kepada hidup yang kekal (ay.9).
Mengurus kekayaan dunia untuk menjamin kelangsungan hidup dan menjalani persahabat yang baik tidaklah salah, malah bernilai hidup yang kekal.
Mari kita belajar menggunakan kekayaan dunia untuk mendapatkan sahabat, bukan sebaliknya.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
28.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment