Lukas 11:34-36 (AVB) Matamu ialah pelita tubuhmu. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu pun menjadi gelap.
Oleh itu, berjaga-jagalah supaya cahaya dalammu itu tidak menjadi gelap.
Jika seluruh tubuhmu itu terang tanpa sebarang bahagian yang gelap, seluruh tubuhmu akan terang-benderang seperti sebuah pelita menerangi kamu dengan cahayanya.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Cahaya dalammu itu tidak menjadi gelap" Bab 11 seperti bab yang lain banyak ajaran Tuhan Yesus, antara yang sebut pelita tubuh (ay.33-36), berlatar belakang rakyat menuduh Tuhan Yesus menggunakan kuasa ketua iblis untuk mengusir roh iblis (ay.14-23), ada juga yang mahu meminta tanda ajaib untuk memuaskan hati mereka (ay.29-32), begitulah ragam rakyat pada masa itu, tetapi Tuhan Yesus memberi jawapan bahawa mereka perlu menjaga cahaya dalam diri mereka supaya fikiran mereka terang benderang untuk memahami apa yang mereka dengar dan lihat. Semua orang ada cahaya dalam diri iaitu kebenaran TUHAN sebab ada gambar TUHAN dalam diri kita (Kej. 1:26), tetapi kalau tidak dijaga cahaya itu akan semakin malap sukarlah memahami ajaran Tuhan Yesus, malah menentang dan mahu membunuh Tuhan Yesus.
Mari kita belajar memastikan cahaya dalammu itu tidak menjadi gelap isilah fikiran dengan kasih, kebaikan, rendah hati dan sebagainya seperti yang disebut dalam Galatia 5:22-23.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
23.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment