Lukas 20:19-20 (AVB) Ahli-ahli Taurat dan ketua-ketua imam cuba menangkap Yesus ketika itu juga kerana mereka tahu ibarat itu ditujukan terhadap mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. Mereka menunggu peluang. Lalu mereka mengutus beberapa orang supaya berpura-pura ikhlas untuk memerangkap Yesus dengan mengemukakan pertanyaan tertentu supaya mereka dapat menyerahkan Yesus ke dalam kekuasaan dan bidang kuasa pemerintah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berpura-pura ikhlas" Bab 20 Injil Lukas ada menceritakan kisah ahli-ahli Taurat dan ketua-ketua imam ingin menangkap Tuhan Yesus ketika itu juga, kerana tahu merekalah yang ditujukan ibarat itu, (ay.19) tentang penyewa kebun anggur yang jahat (ay.9-16), mereka tahu tetapi tidak mahu bertaubat malahan mahu membunuh Tuhan Yesus. Kemudian mereka menghantar utusan yang berpura-pura ikhlas bertanya kepada Tuhan Yesus, tetapi tujuan mereka mahu memerangkap (ay.20). Hari ini pun masih ada golongan seperti ini di muka bumi, kalau kita tidak berhati-hati akan terperangkap. Antaranya untuk meraih simpati, sokongan, ganjaran, pangkat dan sebagainya. Berpura-pura ikhlas antara cara meraih semua itu, tetapi selepas mendapat yang diharapkan cerita memerangkap dan menjatuhkan orang orang lain akan bermula. Mari kita belajar berhati-hati dengan orang yang berpura-pura ikhlas atau sebaliknya jangan pula berpura-pura ikhlas. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 1.11.2024. Senoda kali-40 gereja PCS bermula hari ini sehingga 3.11.2024 (1-3.11.2024). Ada pemilihan kepimpinan. Selamat bersidang.

Comments

Popular Posts