Lukas 19:41-43 (AVB) Ketika Yesus menghampiri Yerusalem dan melihat kota itu, Dia pun menangisinya, lalu berkata, “Kalaulah kiranya pada hari ini engkau mengetahui perkara-perkara yang dapat membawa sejahtera kepadamu! Tetapi sekarang semuanya dirahsiakan daripadamu. Masanya akan datang apabila musuh-musuhmu akan mengelilingimu dengan sekatan, mengepung dan mengasakmu dari semua arah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Semuanya dirahsiakan daripadamu" Bab 19 Injil Lukas menceritakan Tuhan Yesus memasuki kota Yerusalem, ketika melihat kota itu Dia menangisinya (ay.41), kenapa Tuhan Yesus menangisinya sebab kota itu tidak mengetahui apa yang membawa sejahtera kepadanya. Sampai hari ini kota Yerusalem masih dibayangi ketidak sejahteran mudah berlaku kekacauan, perlu di bawah pengawasan yang ketat. Kalaulah mereka memahami perkara yang mambawa sejahtera iaitu percaya kepada Tuhan Yesus raja Damai itu sudah tentu kota Yerusalem ada damai sejahtera. Kita perlu berdoa untuk dibukakan perkara yang membawa sejahtera kepada kita. Mari kita belajar berdoa supaya dibukakan rahsia yang membawa damai sejahtera sebab semuanya dirahsiakan daripadamu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 31.12.2024. Selepas ini kami mogivas ke perkahwinan Pastor Alfeus Saul di gereja Sinukap Pitas. Tahniah pinsan.

Comments

Popular Posts