Markus 10:46-47 (AVB) Setelah itu, mereka tiba di Yerikho. Kemudian, ketika Dia keluar dari situ dengan murid-murid-Nya dan orang ramai itu, seorang buta bernama Bartimeus anak Timeus, sedang duduk mengemis di tepi jalan. Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia berseru, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!” Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Kasihanilah aku"Kisah berlatar belakang di Kota Yerikho salah satu kota yang menarik yang disebut dalam PL, tidak pasti tapak kota itu sama dengan kota pada zaman Yosua. Apa yang menarik dalam teks dikatakan seorang buta yang bernama Bartimeus anak Timeus begitu yakin dia dapat melihat oleh kuasa Tuhan Yesus, entah macam mana dia tahu kuasa Tuhan Yesus sedangkan dia tidak pergi ke mana-mana. Rupanya iman Bartimeus yang menyembuhkan dia, Tuhan Yesus hanya membuat kenyataan bahawa iman mu menyembuhkan mu (ay.52). Memang melalui iman seseoranglah yang menyembuhkan, bukan iman orang lain. Mari kita belajar berseru kepada TUHAN kasihanilah aku dengan iman bukan tanpa iman. Ibadah yang sejati memiliki iman yang berseru kepada TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com 6.10.2024 Kudat Sabah, Malaysia.

Comments

Popular Posts