Lukas 2:21-24 (AVB) Lapan hari kemudian, tibalah masanya untuk menyunatkan bayi itu, lalu Dia diberi nama Yesus, seperti yang dikatakan oleh malaikat sebelum Dia dikandung oleh Maria.
Setelah tamat masa penyucian mengikut hukum Taurat Musa, mereka pun membawa Yesus ke Yerusalem untuk mempersembahkan-Nya kepada Tuhan.
Tersurat dalam Hukum Tuhan bahawa setiap anak lelaki sulung akan diserahkan kepada Tuhan.
Mereka juga mempersembahkan korban mengikut apa yang ditetapkan dalam Hukum Tuhan, iaitu sepasang burung tekukur atau dua ekor anak merpati.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sepasang burung tekukur atau dua ekor burung merpati" Bab dua antaranya mencerita tentang Tuhan Yesus di sunat pada hari kelapan Kelahiran-Nya dan upacara penyucian Maria selepas bersalin. Mereka mempersembahkan sepasang burung tekukur atau dua ekor burung merpati. Mungkin mereka tidak mampu mempersembahkan seekor anak domba yang berumur setahun. Keluarga baru ini tidaklah kaya walaupun keturunan raja Daud, tetapi TUHAN masih memilih keluarga mereka tempat kelahiran Tuhan Yesus.
Kita tidak perlu merasa malu kalau dilahirkan dalam keluarga miskin, kita boleh perbaiki status keluarga dengan usaha kita sendiri, seperti Tuhan Yesus Dia juga bekerja keras menanggung keluarga dan persediaan pelayanan, pada usia tiga puluh tahun Dia telah bersedia meninggalkan keluarga dan membiayai pasukan pelayanan-Nya.
Mari kita belajar walau pun lahir dalam keluarga sepasang burung tekukur atau dua ekor merpati tetapi tetap boleh membawa pengaruh yang baik kepada masyarat kalau kita berusaha sebaik mungkin.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
14.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment