Markus 7:10-13 (AVB) Musa menyampaikan perintah ini, ‘Hormatilah ibu bapamu’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa sendiri mesti dihukum mati.’ Tetapi kamu mengajar: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang harus kugunakan untuk membantu ayah dan ibu, sudah kujadikan korban’ (iaitu telah dipersembahkan kepada Allah), maka orang itu tidak perlu menolong ibu bapa. Jadi, adat istiadat yang kamu sampaikan membatalkan firman Allah. Banyak lagi perkara sedemikian yang kamu lakukan.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Adat istiadat membatalkan firman TUHAN" Kisah orang Farisi dan ahli Taurat dari Yerusalem datang kepada Tuhan Yesus (ay.1) di daerah Galilea, mereka terkejut para murid-Nya makan tanpa membasuh tangan menurut hukum agama tradisi mereka (ay.5) agaknya orang Galilea kampungan sangat tidak tahu adap makan. Tetapi Tuhan Yesus membelah mereka dengan mengatakan orang agamawan memuji TUHAN hanya di bibir sahaja tetapi mengabaikan perintah firman TUHAN seperti menjaga ibu bapa, membolehkan itu kalau wang anak mereka sudah digunakan untuk memberi korban persembahan kepada TUHAN (ay.11). Tidak dapat dinafikan banyak pengabaian anak-anak terhadap orang tua, banyak alasan seperti kesibukan bekerja, pelayanan, kekurangan duit dan sebagainya. Tetapi penjagaan ibu bapa ialah perintah firman TUHAN, Tuhan Yesus mengatakan munafik orang yang tidak berbuat demikian (ay.6). Mari kita belajar kesibukan, kekurangan dan adat istiadat tidak membatalkan firman TUHAN untuk menjaga ibu bapa orang yang berbuat demikian adalah munafik. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 3.10.2024.

Comments

Popular Posts