Markus 12:9, 12 (AVB) “Jadi, apa yang akan dilakukan oleh tuan ladang anggur itu? Dia akan datang dan membinasakan para penyewa itu, lalu menyerahkan ladang anggur itu kepada orang lain. Mereka cuba menangkap Yesus kerana mereka tahu ibarat itu ditujukan terhadap mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. Oleh itu, mereka meninggalkan-Nya dan pergi dari situ. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mereka tahu ibarat itu ditujuhkan kepada mereka" Ahli Taurat mendengar cerita ibarat penyewa kebun anggur yang jahat bukan saja tidak membayar sewa malah membunuh atau mencederakan para pekerja yang dihantar untuk memungut sewa, mungkin kisah ini selalu berlaku pada zaman itu, penyewa tidak membayar sewa. Akhirnya anak tuan ladang pula dihantar tetapi dia juga dibunuh, apa yang akan dilakukan oleh tuan ladang sudah tentu membinasakan penyewa itu dan menyewakan kepada orang lain (ay.1-19), ahli Taurat tahu merekalah ibarat penyewa itu, mereka tidak mahu bertaubat malahan mahu membunuh Tuhan Yesus (ay.12). Sebagai pengkhutbah ada kemungkinan pendengar akan terasa tetapi tidak mahu bertaubat malahan mahu melawan pula. Mari kita belajar mereka tahu ibarat itu ditujuhkan kepada mereka bertaubatlah jangan melawan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 8.10.2024.

Comments

Popular Posts