BMDC KELUARAN 9:27-28
Kemudian raja memanggil Musa dan Harun, lalu bertitah, “Kali ini beta telah berdosa. TUHAN memang yang benar; beta dan rakyat beta bersalah. Berdoalah kepada TUHAN. Kami sudah cukup menderita kerana guruh dan hujan batu ini. Beta berjanji untuk membenarkan kamu pergi. Kamu tidak usah tinggal di sini lagi."
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Beta dan rakyat beta bersalah" Bab 9 kitab Wahyu kisah beberapa lagi hukuman TUHAN kepada orang Mesir; ternak mati (ay.1-7), Bisul pada manusia (ay.8-12) dan hujan batu (ay.13-35) tetapi raja tetap degil tidak membenarkan orang Israel pergi (ay. 34-35).
Walaupun begitu ada ketika raja bertaubat, dia mengaku bersalah tetapi tidak lama (ay.27), selepas kesusahan berlalu balik lagi tidak percaya kepada TUHAN.
Mungkin kita pun melakukan perkara yang sama, mengakui kesalahan atau dosa di hadapan TUHAN dalam doa, tetapi beberapa hari kemudian diulang lagi perbuatan yang salah dan berdosa itu. Pertaubatan begini tidak dapat mengubah hidup seseorang, hanya berputar-putar tidak pergi ke mana-mana sampai tua tiada perubahan.
Semoga kita tidak seperti raja Mesir mengaku beta dan rakyat beta bersalah kepada TUHAN tetapi sekejap saja.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat mengaku kesalahan kami dan tidak mengulang lagi kesalahan itu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia
14.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment