BMDC KELUARAN 21:6
tuannya harus membawa dia ke tempat ibadat. Di situ abdi itu disuruh berdiri dan bersandar pada pintu atau tiang pintu, lalu tuannya harus menindik telinga abdi itu. Dengan demikian abdi itu akan menjadi abdi tuannya seumur hidup.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Abdi tuannya seumur hidup" Bab 21 kitab Keluaran sambungan kisah TUHAN turun di gunung Sinai berkata-kata kepada umat Israel melalui pengantara Musa sebab umat Israel takut untuk berjumpa dengan TUHAN di atas gunung Sinai, walaupun mereka dijemput oleh TUHAN (Kel.19:13). Seperti kita hari ini setiap minggu kita ada ibadah di gereja, semua orang dijemput untuk mendengar firman TUHAN, supaya kita tidak lupa diri dan terus setia melakukan kehendak TUHAN.
Ada banyak peraturan yang diajar oleh TUHAN kepada umat Israel melalui Musa, antaranya menindik telinga hamba lelaki di tempat ibadat, kalau abdi itu tidak mahu dibebaskan. Berbeza zaman sekarang lelaki bertindik sebagai gaya bukan maksud hamba selamanya, kalau mahu juga bertindik jadilah hamba Kristus selamanya.
Semoga kita abdi tuannya seumur hidup iaitu kepada Kristus bukan gaya semata-mata telinga bertindik atau bertindik di hati.
Doa: Tuhan Yesus jadikan kami hamba-Mu seumur hidup kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 26.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment