BMDC KELUARAN 19:5-6 Sekarang, jika kamu taat kepada-Ku dan setia kepada perjanjian-Ku, kamu akan menjadi umat-Ku sendiri. Seluruh bumi ini kepunyaan-Ku, tetapi kamu akan menjadi umat pilihan-Ku. Kamu akan menjadi umat yang ditahbiskan untuk diri-Ku sendiri, dan kamu akan mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengabadikan diri kepada-Ku sebagai imam" Bab 19 kitab Keluaran kisah umat Israel tiba di gunung Sinai, TUHAN mahu bertemu dengan umat Israel 3 hari selepas Dia memberi tahu Musa (ay.10-11), inilah ibadat pertama umat Israel yang dimaksud oleh TUHAN membawa mereka keluar dari Mesir. Selama 400 tahun mereka tidak tahu siapa TUHAN Abraham, Ishak dan Yakub, kali ini mereka tahu kerana melihat dengan mata sendiri kehebatan TUHAN mereka (ay.18-19). Hari ini setiap minggu kita ada ibadat, TUHAN yang sama yang kita sembah kuasa yang sama seperti yang dilihat oleh umat Israel, sepatutnya kita dapat merasa dan melihat dalam ibadah. Umat Israel dipanggil keluar dari Mesir untuk menjadi umat pilihan dan imam, pada zaman Tuhan Yesus kita pula yang dipanggil menjadi umat pilihan dan imam (1 Pet.2:9). Semoga kita dapat menghayati panggilan kita, mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam. Doa: Tuhan Yesus ingatkan kami terhadap panggilan kami sebagi imam. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 24.7.2025.

Comments

Popular Posts