BMDC KELUARAN 20:1-3
Kemudian Allah berfirman, dan inilah firman-Nya, “Akulah TUHAN, Allah kamu yang membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba. Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Akulah TUHAN, TUHAN yang membawa kamu keluar dari Mesir" Bab 20 sambungan kisah TUHAN turun di gunung Sinai untuk bertemu dengan umat Israel atau dengan kata lain ibadah pertama yang diadakan oleh TUHAN sendiri.
TUHAN memperkenalkan diri kepada umat Israel, bahawa Dia ialah TUHAN yang membawa mereka keluar dari Mesir (ay.2), sebab itu jangan sembah Tuhan lain, atau membuat patung sebagai Tuhan (ay.4), kemudian disusuli peraturan lain yang kita sebut Hukum Sepuluh.
Apa saja kita buat baik beragama, berkeluaga, berniaga, bergereja, belajar dan sebagainya kita perlu mematuhi peraturan di tempat itu, supaya tidak bertentangan, menjamin kelangsungan dan kejayaan kita di sana, begitulah tujuan peraturan yang TUHAN berikan itu supaya umat Israel tidak binasa.
Hari ini kita mengaku TUHAN yang membawa orang Israel keluar dari Mesir adalah TUHAN yang kita sembah melalui iman kepada Tuhan Yesus.
Semoga kita terus menyembah Tuhan yang berkata Akulah TUHAN, TUHAN yang membawa kamu keluar dari Mesir. Jangan sembah Tuhan yang lain atau samakan Tuhan yang lain.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan iman kami agar tidak menyembah Tuhan yang lain.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 25.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment