BMDC KELUARAN 11:3 TUHAN menyebabkan orang Mesir menghormati orang Israel. Para pegawai dan rakyat Mesir sangat menghormati Musa. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Para pengawai dan rakyat sangat menghormati Musa" Bab 11 kisah TUHAN memberi amaran akan berlaku kematian anak sulung orang Mesir dan ternak mereka, Musa mengatakan itu kepada raja Mesir (ay.4-8), tetapi raja tidak mendengar kerana TUHAN menyebabkan raja itu berdegil (ay.9-10), sedangkan para pengawai dan rakyat Mesir sangat menghormati Musa (ay.3) mungkin mereka sudah insaf tetapi raja pula yang tidak. Amatlah bahaya dalam gereja kalau pemimpin degil tetapi anggota jemaah sudah insaf hukuman TUHAN tetap berlaku terhadap semua anggota jemaah dan pemimpin. Semoga kita seperti para pengawai dan rakyat Mesir sangat menghormati Musa. Doa: Tuhan Yesus jadikan hati kami tidak degil melakukan perintah-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 16.7.2025.

Comments

Popular Posts