BMDC KELUARAN 3:21-22
Aku akan menyebabkan orang Mesir menghormati kamu supaya apabila kamu, umat-Ku meninggalkan tempat itu, kamu tidak akan pergi dengan tangan kosong. Setiap wanita Israel akan minta pakaian, serta barang perhiasan emas dan perak daripada jirannya orang Mesir dan daripada wanita Mesir yang tinggal di rumah jirannya itu. Kamu akan memakaikannya pada anak-anak kamu. Dengan cara itu kamu akan merampas harta orang Mesir.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang Mesir menghormati orang Israel" Bab 3 kitab Keluaran kisah TUHAN memanggil Musa untuk diutus menghadap raja Mesir membawa orang Israel keluar dari Mesir (ay.10), dalam rancangan TUHAN itu Dia akan membuat orang Mesir menghormati orang Israel supaya ketika mereka meninggalkan tempat itu bukan dengan tangan kosong tetapi jiran orang Mesir akan memberi mereka pakaian, perhiasan emas dan perak (ay.22).
Atas kuasa TUHAN orang lain akan bermurah hati dan menghormati kita, begitu juga dengan kita ada keadaan tertentu kita bermurah hati menghulurkan sumbangan dan ada keadaan tertentu pula kita tidak tergerak pun menghulurkan sumbangan. TUHAN yang membuatkan itu berlaku secara spontan.
Semoga kita seperti orang Mesir menghormati orang Israel kerana TUHAN yang membuatkan keadaan itu berlaku.
Doa: Tuhan Yesus jadikan kami orang yang menghormati orang lain begitu juga sebaliknya.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia
8.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment