BMDC KELUARAN 14:30-31 Pada hari itu, TUHAN menyelamatkan orang Israel daripada orang Mesir. Orang Israel melihat mayat orang Mesir terdampar di pantai. Apabila orang Israel melihat TUHAN mengalahkan orang Mesir dengan kuasa yang besar, mereka takut akan TUHAN; mereka percaya kepada TUHAN dan hamba-Nya Musa. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mereka percaya kepada TUHAN dan hamba-Nya Musa" Bab 14 kitab Keluaran kisah orang Israel menyeberang laut Gelagah (ay.9), TUHAN telah membelah laut dan orang Israel menyeberang di atas dasar laut yang kering (ay.22). Raja Mesir dan para pengawai berubah fikirkan setelah orang Israel pergi (ay.5), mereka mengejar dengan pasukan tentera yang besar untuk berperang (ay.6), TUHAN yang menyebab hati raja berdegil (ay.8). TUHAN membunuh semua askar dan raja Mesir dengan meneggelamkan mereka dalam laut selepas orang Israel menyeberang laut Gelagah yang terbelah (ay.28). Orang Israel yang melihat mayat orang Mesir terdampar di pantai mereka percaya kepada TUHAN dan hamba-Nya Musa (ay.30-31). Kuasa besar yang kita lihat selalunya menginsafkan, mungkin kita terselamat dari penyakit kanser, kemalangan, kesusahan besar dan sebagainya. Semoga kita insaf seperti orang Israel mereka percaya kepada TUHAN dan hamba-Nya Musa. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya insaf setiap hari kerana melihat perbuatan-Mu yang besar menyelamatkan kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 19.7.2025.

Comments

Popular Posts