BMDC KELUARAN 2:23-25
Bertahun-tahun kemudian raja Mesir mangkat, tetapi orang Israel masih mengeluh kerana diperhamba dan mereka berseru minta tolong. Seruan mereka sampai kepada Allah. Allah mendengar seruan orang Israel, lalu Dia ingat akan perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. Allah melihat orang Israel diperhamba dan Dia mengambil berat tentang keadaan mereka.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN mendengar seruan orang Israel" Bab 2 kitab Keluaran kisah Musa dilahirkan, dihanyutkan dalam sungai kemudian diambil oleh puteri raja menjadi anak angkat (ay.10). Musa menjadi dewasa dalam istana, satu hari dia berjalan-jalan melihat sendiri bangsanya dipaksa melakukan kerja berat, dia membunuh seorang Mesir yang sedang memukul orang Israel (ay.11-12). Perbuatannya ketahuan oleh raja, Musa pun melarikan diri ke Median (ay.15). Di Median dia berumah tangga dan mempunyai anak (ay.21-22).
Keadaan orang Israel masih mengeluh kerana perhambaan, mereka berseru meminta tolong kepada TUHAN (ay.23), TUHAN mendengar seruan mereka dan ingat perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, Ishak dan Yakub (ay.24), TUHAN melihat kesengsaraan dan mengambil berat tentang keadaan mereka (ay.25).
Hari ini pun TUHAN masih mengambil berat tentang keadaan kita, semoga kita seperti orang Israel TUHAN mendengar seruan orang Israel kerana mereka terus menerus berseru kepada-Nya.
Doa: Tuhan Yesus kasihani kami ketika kami dalam kesusahan, tiada lagi tempat kami berseru selain kepada-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 7.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment