BMDC KELUARAN 26:1-2 “Buatlah bahagian dalam Khemah TUHAN dengan sepuluh helai kain linen halus yang ditenun dengan benang bulu berwarna biru, ungu, dan merah. Sulamlah kain itu dengan gambar kerub. Tiap-tiap helai harus berukuran sama, 12 meter panjang dan 2 meter lebar. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Khemah TUHAN" Bab 26 kitab Keluaran kisah TUHAN memberi pelan Khemah TUHAN kepada Musa, dinding dalam khemah adalah daripada kain linen halus setinggi 2 meter, ditenun dengan benang berwarna biru, ungu dan merah, disulam dengan gambar kerub (ay.1). Mesti berwarna-warni dinding Khemah TUHAN, tidak salah menghias gereja dengan cantik supaya ada rasa kekaguman jamaah yang datang beribadah. Dalam budaya kita pun suka berwarna-warni pakaian, sigal, manik dan sebaginya ada motif yang tersendiri pelbagi warna. Semoga kita dapat membina Khemah TUHAN iaitu gereja yang cantik seperti pelan yang TUHAN berikan kepada Musa di gunung Sinai. Doa: Tuhan Yesus jadikan kami seperti khemah yang berwarna-warni yang menyenangkan hati-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 31.7.2025.

Comments

Popular Posts