BMDC KEJADIAN 49:29-31
Kemudian Yakub berpesan kepada anak-anak lelakinya, “Sebentar lagi aku akan meninggal seperti nenek moyangku. Kebumikanlah aku di tempat mereka dikebumikan, di dalam gua di Makhpela, di sebelah timur Mamre, di tanah Kanaan. Abraham sudah membeli gua dan ladang di sekitarnya untuk dijadikan perkuburan, daripada Efron orang Het. Di situlah Abraham dan Sara serta Ishak dan Ribka dikebumikan. Di situ juga aku mengebumikan Lea.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Gua di Makhpela" Bab 49 kitab Kejadiaan kisah Yakub memberkati 12 anak lelakinya, tidak disebut anak perempuan dan pesan Yakub agar dia dikebumikan dalam gua di Makhpela yang dibeli oleh Abraham moyang Yakub (ay.29-30).
Tanah Kanaan yang dijanjikan kepada Abraham dia hanya dapat memiliki sebidang tanah perkuburan sahaja, walaupun begitu itulah permulaan keturunannya ada perhatian terhadap tanah Kanaan.
Hari ini kuburan nenek moyang kita masih ada, setiap kali kita melihatnya akan terdetik di hati di sinilah kita bermula.
Semoga kita seperti Yakub ingat gua di Makhpela permulaan kisah hidup nenek moyangnya di tanah Kanaan.
Doa: Tuhan Yesus ingatkan kami bahawa ada gua di Makhpela seperti keluarga Abraham supaya kami tidak lupa asal usul kami.
Damai sejahtera di jiwa kita
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 4.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment