BMDC KELUARAN 15:22-23 Kemudian Musa memimpin orang Israel meninggalkan Laut Gelagah dan masuk ke padang gurun Syur. Mereka berjalan melintasi gurun itu selama tiga hari tanpa menjumpai air. Kemudian mereka tiba di suatu tempat yang bernama Mara, tetapi air di situ sangat pahit sehingga tidak dapat diminum. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Mara. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Air di situ sangat pahit" Bab 15 kitab Keluaran kisah Musa dan orang Israel bernyanyi dengan gembira melihat raja Mesir dan tenteranya mati ditengelami air laut ketika mengejar orang Israel menyeberang laut Gelagah yang dibelah TUHAN. Sebenarnya itu hanyalah permulaan kisah panjang mereka di padang gurun, kemudian mereka berjalan selama tiga hari tetapi tidak menjumpai air (ay.22), mungkin bekalan air mereka sudah habis, letih dan lapar, akhirnya menjumpai air tetapi sangat pahit (ay.23), ada pula air semulajadi yang pahit. Musa berdoa bersungguh-sungguh kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan sebatang kayu, Musa mencampakkan ke dalam air, air pun tidak pahit lagi dan boleh diminum (ay.25). Begitulah kehidupan ada masa kita bergembira dan ada merasa pahit seperti air pahit di padang gurun Syur yang disebut Mara (ay.23). Kita memerlukan penawar kepahitan iaitu Tuhan Yesus supaya air dapat diminum. Semoga kita menemukan penawar air di situ sangat pahit menjadi air yang boleh di minum. Doa: Tuhan Yesus hidup kami banyak air pahit kesihani kami supaya kepahitan menjadi kegembiraan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 20.7.2025.

Comments

Popular Posts