BMDC KELUARAN 1:8-10
Kemudian seorang raja baru, yang tidak mengenal Yusuf mula memerintah negeri Mesir. Raja itu bertitah kepada rakyat, “Orang Israel sangat berbahaya bagi kita, kerana mereka banyak sekali dan lebih kuat daripada kita. Sekiranya berlaku peperangan, ada kemungkinan mereka bergabung dengan musuh untuk menentang kita, lalu lari meninggalkan negeri ini. Kita mesti mencari jalan supaya bilangan mereka tidak bertambah lagi.”
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mereka banyak sekali dan lebih kuat daripada kita" Bab 1 kitab Keluaran kisah permulaan penderitaan orang Israel di Mesir selepas Yusuf dan saudara-saudaranya dan orang yang seangkatan dengan dia meninggal (ay.6), seorang raja baharu memerintah yang merasa terancam dengan jumlah orang Israel yang lebih besar berbanding orang Mesir (ay.8-9), raja itu takut kalau berlaku peperangan orang Israel mengkhianati mereka (ay.10).
Mungkin kebimbangan raja Mesir seperti yang kita rasakan terhadap pendatang tanpa izin di Sabah, kita merasa terancam dengan kehadiran mereka yang ramai, ditambah lagi dengan kelakuan setengah mereka yang menghidu gam, mengambil shabu, mencuri dan sebagainya, menambah kebimbangan kita.
Begitu juga kalau kita di negara lain mesti ada yang mencurigai kehadiran kita.
Kenapa manusia di dunia tidak aman sebab kecurigaan yang berlebihan.
Semoga kita tidak menganggap bangsa lain mereka banyak sekali dan lebih kuat daripada kita sebab kekuatan datang daripada TUHAN bukan sebab bilangan yang ramai.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami kekuatan mengasihi bangsa lain mengatasi kebimbangan terhadap ancaman daripada mereka.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 6.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment