BMDC KELUARAN 24:5-6 Kemudian Musa mengutus beberapa orang muda untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan juga mempersembahkan beberapa ekor lembu sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN. Musa mengambil setengah daripada darah binatang itu lalu menuangkannya ke dalam mangkuk-mangkuk, dan yang setengah lagi dituangkannya ke atas mazbah. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang muda untuk mempersembahkan korban" Bab 24 kitab Keluaran kisah selepas TUHAN memberikan perintah kepada umat Israel melalui Musa, Musa untuk pertama kali memberikan persembahan korban yang menyenangkan hati TUHAN dan korban memohon berkat (ay.5-6), Musa melakukan ibadah pertama itu di kaki gunung Sinai, di atas mazbah yang dibuatnya (ay.4). Pemimpinlah yang mengusahakan untuk diadakan ibadah, walaupun begitu dia memerlukan sokongan orang muda kerana mereka lebih kuat. Musa menggunakan semua sumber yang dia ada, batu-batu digunakan sebagi mazbah, binatang ternak dijadikan persembahan korban dan orang muda untuk menyembelih binatang korban. Semoga kita bijaksana seperti Musa dalam pelayanan di gereja, orang muda untuk mempersembahkan korban kerana masih gagah perkasa. Doa: Tuhan Yesus bukakan mata kami supaya dapat melihat sumber yang ada di sekeliling kami untuk menyembah-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 29.7.2025.

Comments

Popular Posts