BMDC KELUARAN 8:18-19
Tukang-tukang sihir cuba menggunakan ilmu sihir mereka untuk mengadakan agas, tetapi tidak berjaya. Agas terdapat di merata tempat. Tukang-tukang sihir itu berkata kepada raja, “Allah telah melakukan hal ini!” Tetapi raja masih berdegil dan tidak mahu mendengarkan kata-kata Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN.
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN telah melakukan hal ini" Bab 8 kitab Keluaran kisah Musa dan Harun menghadap tanda ajaib katak dan agas. Tukang-tukang sihir orang Mesir dapat mengadakan katak-katak (ay.7) hebat juga mereka bagaimana mereka boleh lakukan itu, tetapi agas tidak dapat diadakan oleh mereka. Tukang-tukang sihir itu mengatakan kepada raja bahawa memang itu dari TUHAN (ay.18) tetapi raja tidak mendengarkan kata-kata Musa dan Harun seperti yang telah difirmankan TUHAN (ay.19).
Tukang-tukang sihir percaya kepada TUHAN selepas mereka gagal menandingi Musa dan Harun, dalam hidup kita ada satu peristiwa yang kita tahu memang perbuatan TUHAN seperti kita sembuh dari penyakit, selamat dari kemalangan, mendapat pekerjaan, mendapat sesuatu yang kita idamkan selama ini dan sebagainya.
Masa itulah pertaubatan bermula mengubah hidup kita.
Semoga kita seperti tukang-tukang sihir orang Mesir mengaku bahawa TUHAN yang telah melakukan hal ini iaitu keajaiban mengadakan agas.
Doa: Tuhan Yesus tolong bukan mata kami supaya dapat melihat perbuatan-Mu hari ini.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 13.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment