BMDC KELUARAN 6:7-8
Aku akan membawa kamu masuk ke negeri yang telah Aku janjikan dengan sumpah untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu sendiri. Akulah TUHAN.’ ” Musa menyampaikan semua firman itu kepada orang Israel, tetapi mereka tidak mahu mendengarkan kata-katanya, kerana perhambaan yang kejam itu telah menyebabkan mereka putus asa.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak mahu mendengar" Bab 6 kitab Keluaran kisah Musa menyampaikan semua kata-kata TUHAN tentang janji-Nya untuk membawa orang Israel keluar dari Mesir ke tanah Kanaan sebagai milik mereka, TUHAN akan menjadi TUHAN mereka iaitu TUHAN Abraham, Ishak dan Yakub (ay.1-8).
TUHAN yang sama iaitu Tuhan Yesus berjanji akan kembali membawa kita tinggal bersama-Nya di rumah Bapa (Yoh.14:2-3), itulah yang kita tunggu.
Seperti orang Israel mereka tidak percaya kata-kata Musa tentang janji TUHAN itu, manusia hari ini juga ramai yang tidak percaya janji Tuhan Yesus.
Semoga kita tidak seperti orang Israel tidak mahu mendengar Musa kerana tidak percaya janji TUHAN itu.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami iman yang percaya kepada janji bahawa Engkau akan kembali membawa kami tinggal bersama-Mu di rumah Bapa.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 11.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment