BMDC KELUARAN 4:10-11 Tetapi Musa berkata kepada TUHAN, “Ya Tuhan, jangan suruh aku. Aku bukan orang yang pandai berkata-kata, baik dahulu mahupun sekarang, walaupun Engkau sudah berfirman kepadaku. Aku tidak pandai berucap, aku lambat bercakap, dan tidak fasih.” Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Siapakah yang memberikan mulut kepada manusia? Siapakah yang membuat manusia bisu atau tuli? Siapakah yang membuat manusia celik atau buta? Aku, TUHAN. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak pandai berucap" Bab 4 kitab Keluaran kisah Musa akhirnya setuju balik ke Mesir seperti yang diperintahkan TUHAN walaupun berat hati Musa, banyak alasan dia berikan antaranya tidak pandai berucap (ay.10) tetapi TUHAN yakinkan Musa bahawa Dia yang berkuasa membuat Musa berkata-kata dengan lancar (ay.11). Ramai orang yang menghindari pelayanan atau kemajuan diri seperti belajar sesuatu sebab risau pada kemampuan diri, seperti Musa dia sudah aman damai di Midian ada keluarga dan bapa mertua yang baik, buat apa lagi mencabar diri terjun dalam pelayanan membawa keluar orang Israel dari Mesir, itu ibarat mencari penyakit. Semoga kita seperti Musa walaupun pun tidak pandai berucap tetapi dia yakin kuasa TUHAN menolong dia. Doa: Tuhan Yesus kami juga banyak kelemahan kuatkan dan yakinkan kami supaya mampu melakukan pelayanan, pembelajaran, perniagaan dan sebagainya. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 9.7.2025.

Comments

Popular Posts