BMDC KEJADIAN 50:18-20 Kemudian saudara-saudaranya sendiri datang dan sujud di hadapannya. Mereka berkata, “Kami ini hamba tuan.” Tetapi Yusuf berkata kepada mereka, “Jangan takut, kerana aku tidak dapat bertindak sebagai Allah. Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan, supaya banyak orang dapat diselamatkan seperti yang terbukti sekarang. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak dapat bertindak sebagai TUHAN" Bab 50 kitab Kejadiaan adalah bab terakhir, kisah Yakub meninggal kemudian dikuburkan dalam gua di Makhpela Kanaan (ay.12), Yakub mendahului bangsa Israel di tanah Kanaan. Yusuf juga meninggal dunia tiada pesan mahu di kuburkan dalam gua di Makhpela, mungkin bagi Yusuf tanah Kanaan tempat kepahitan dibuli oleh abang-abang tirinya, walaupun begitu dia mahu jenazahnya dibawa bersama kalau TUHAN membawa bangsa Israel keluar dari Mesir (ay.25), Yusuf percaya janji TUHAN itu, begitulah TUHAN bekerja setiap kali berlaku sesuatu akan ada janji. Abang-abang tiri Yusuf masih dibayangi ketakutan kalau-kalau Yusuf mahu membelas dendam, tetapi Yusuf tidak seperti itu, dia serahkan kepada TUHAN (ay.19). Begitulah mulianya hati seorang pemimpin yang bernama Yusuf memilih tidak berdendam, kerana dia tahu dendam tidak membuat hidupnya bahagia. Semoga kita dapat mencontohi Yusuf tidak menghukum abang-abang tirinya, tidak bertindak sebagai TUHAN atas mereka. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak berfikir untuk berdendam. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 5.7.2025.

Comments

Popular Posts