BMDC KELUARAN 17:8-9 Orang Amalek datang dan menyerang orang Israel di Rafidim. Musa berkata kepada Yosua, “Pilihlah beberapa orang untuk memerangi orang Amalek esok. Aku akan berdiri di puncak bukit sambil memegang tongkat sebagaimana yang disuruh Allah.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang Amalek menyerang" Bab 17 kitab Keluaran kisah umat Israel meninggalkan padang gurun Sin mereka tiba di Rafidim tiada air di sana (ay.1) mereka bersungut-sungut lagi terhadap Musa (ay.2). TUHAN memberi air dari batu besar di gunung Sinai (ay.6), tempat itu di namakan Masa dan Mariba (ay.7). Kita pun ada pengalaman bersungut-sungut terhadap TUHAN itulah Masa dan Mariba bagi kita. Kemudian kisah orang Amalek datang menyerang, Musa menyuruh Yosua memilih orang untuk berperang dengan Amalek. Pertama kali nama Yosua muncul, hebat juga Yosua Musa memilih dia menjawab panglima perang (ay.8-9). Yosua menang dalam peperangan itu atas sokongan doa Musa (ay.10-13). Orang Amalek menyerang akan berlaku dalam hidup kita, kita memerlukan Yosua dan Musa iaitu doa dan tindak supaya kita menang terhadap serang itu, mungkin penyakit, fitnah, kekurangan dan sebagainya. Semoga kita seperti Yosua menang ke atas orang Amalek menyerang umat Israel. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya menang ke atas serang orang Amalek. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 22.7.2025.

Comments

Popular Posts