BMDC KELUARAN 18:12 Kemudian Yitro membawa persembahan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan juga korban-korban lain untuk dipersembahkan kepada Allah. Harun dan semua pemimpin orang Israel pergi dengan Yitro untuk makan bersama-sama di hadirat Allah. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Yitro membawa persembahan korban" Bab 18 kitab Keluaran kisah Yitro bapa mertua Musa melawat Musa di padang gurun dia membawa bersama isteri dan dua orang anak Musa (ay.2). Mertua yang baik mengusahakan kebersamaan keluarga anak dan menantunya bukan memisahkan. Kemudian Yitro membawa persembahan korban untuk menyenangkan hati TUHAN (ay.12) ini penting sebab sebelum Musa dan umat Israel memberi korban untuk menyenangkan hati TUHAN Yitro lakukan terlebih dahulu, sedangkan tujuan utama umat Israel keluar dari Mesir untuk beribadat kepada TUHAN, tetapi mereka belum lakukan. Kita juga belajar bahawa memberi persembahan korban sudah dilakukan oleh bangsa lain sebelum hukum Taurat diajarkan oleh TUHAN kepada umat Israel. Yitro juga mengajar cara kepimpinan yang berkesan kepada Musa dengan melantik beberapa orang membantu Musa mengurus umat Israel (ay.13-26), sekali lagi mertua yang baik mengajar menantu mengurus kehidupan agar tidak terlalu sibuk dan letih. Semoga kita seperti Yitro membawa persembahan korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati seperti Yitro yang membawa persembahan yang menyenangkan hati-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 23.7.2025.

Comments

Popular Posts