BMDC KELUARAN 5:24 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa. “Sekarang engkau akan melihat apa yang akan Aku lakukan kepada raja Mesir. Aku akan memaksa dia membenarkan umat-Ku pergi. Sesungguhnya, Aku akan memaksa dia mengusir mereka keluar dari negerinya.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sekarang engkau akan melihat" Bab 5 kitab Keluaran kisah Musa dan Harun buat pertama kali berjumpa dengan raja Mesir menyatakan permohon mereka untuk membawa orang Israel keluar dari Mesir beribadat kepada TUHAN di padang gurun (ay.1). Raja tidak mengizinkan mereka malah menambah kesusahan orang Israel dengan tidak memberi jerami untuk membuat batu bata (ay.7), pengerah-pengerah abdi memukul mandur-mandur orang Israel yang ditugaskan menjaga pekerjaan itu (ay.14). Keadaan hidup orang Israel semakin teruk berbanding sebelum Musa dan Harun menghadap raja. Musa berdoa kepada TUHAN menyatakan kekesalannya terhadap apa yang berlaku, TUHAN katakan kepada Musa "engaku akan melihat apa yang akan Aku lakukan kepada raja Mesir" (ay.24). Bagi TUHAN permainan baharu bermula belum ada apa-apa lagi, begitu juga dalam hidup kita, bagi kita telah mengaku kalah tetapi TUHAN tidak itu hanyalah permulaan, kita akan melihat perbuatan TUHAN. Semoga kita seperti Musa mencari TUHAN dan engaku akan melihat perbuatan TUHAN. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya kami dapat melihat perbuatan-Mu yang besar untuk kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 10.7.2025.

Comments

Popular Posts