BMDC KELUARAN 16:13-14 Pada petang hari, banyak sekali burung puyuh datang ke perkhemahan mereka sehingga meliputi seluruh perkhemahan. Pada waktu pagi, terdapat pula lapisan embun di sekeliling perkhemahan. Setelah embun itu mengewap, sesuatu yang tipis seperti sisik dan halus seperti embun yang beku terdapat di atas padang gurun. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Makanan pagi dan petang" Bab 16 kisah orang Israel tiba di padang gurun Sin dan buat pertama kali mereka disebut umat Israel (ay.1), tiada makanan bekalan pun sudah habis selepas sebulan lebih keluar dari Mesir (ay.1). Tetapi TUHAN mendengar keluhan mereka, memberi makanan pada waktu pagi diberikan seperti embun yang mengeras, umat Israel menyebutnya manna (ay.31) dan petang burung puyuh (ay.13). Demikianlah TUHAN memberi makanan kepada umat Israel, sehingga hari ini TUHAN menyediakan makanan kepada manusia, hanya perlu bekerja seperti umat Israel pagi dan petang ada bekerja pagi memungut manna dan petang menangkap burung puyuh. Selama 40 tahun itulah makanan dan kerja mereka (ay.35) Kalau tidak berbuat apa-apa tiadalah makanan pada hari itu, tidak pula dibenarkan mengumpul lebih untuk dua hari kecuali pada hari ke enam kerana untuk bekal pada hari ke tujuh sebab rehat untuk bekerja (ay.29). Semoga kita seperti orang Israel bekerja setiap hari untuk makanan pagi dan petang kecuali hari ketujuh. Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami mempercayai-Mu bahawa Engaku menyediakan makanan pagi dan petang kepada kami secukupnya. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 21.7.2025.

Comments

Popular Posts