BMDC KELUARAN 23:29-30
Aku tidak akan mengusir mereka semua dalam masa satu tahun, kerana hal ini akan menjadikan tanah itu terbiar dan binatang buas akan terlalu banyak. Aku akan mengusir mereka sedikit demi sedikit sehingga kamu menjadi cukup banyak untuk mendiami tanah itu.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tanah itu terbiar dan binatang buas akan terlalu banyak" Bab 23 kitab Keluaran sambungan kisah TUHAN turun di gunung Sinai untuk bertemu dengan umat Israel dan memberikan hukum kepada mereka untuk ditaati.
Antara yang disebut TUHAN tidak mengusir bangsa yang menduduki negeri yang TUHAN janjikan kepada umat Israel dalam masa setahun kerana hal itu menyebabkan tanah terbiar dan binatang buas terlalu banyak (ay.29).
Pertimbang TUHAN terhadap keseimbangan alam semulajadi patut kita contoh, supaya tidak memudaratkan manusia, contoh populasi biawak yang semakin kurang kerana diburu oleh manusia menyebabkan populasi buaya pula meningkat sebab kurang pemakan telur buaya, biawaklah pemakan telur buaya.
Semoga kita bijak melihat keseimbangan alam disekelilig kita supaya tidak memudaratkan manusia, kita contohi kebijaksanaan TUHAN tidak membiarkan tanah itu terbiar dan binatang buas terlalu banyak yang boleh mengancam nyawa umat Israel di tanah Kanaan.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami kebijaksanaan supaya dapat mengetahui keseimbangan alam yang kami diami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 28.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment