BMDC KELUARAN 7:5-7
Kemudian orang Mesir akan tahu bahawa Akulah TUHAN apabila Aku menghukum mereka dan membawa orang Israel keluar dari negeri Mesir.” Musa dan Harun melakukan apa yang diperintahkan oleh TUHAN. Musa berumur 80 tahun dan Harun 83 tahun ketika mereka menghadap raja Mesir.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Umur Musa 80 tahun" Bab 7 kitab Keluaran kisah Musa dan Harun menghadap raja lagi untuk kali kedua atas perintah raja, mungkin kalau ikutkah hati Musa dia mahu pulang ke Midian, kalau bukan perintah TUHAN.
Umur Musa 80 dan Harun 83 (ay.7) bukankah lebih baik mereka menikmati hidup dengan menghabis sisa hidup mereka bersama keluarga. Sebab itulah ramai wargames dalam gereja memilih untuk berehat dan menikmati hidup bersama keluarga.
Mungkin saya antaranya.
Raja Mesir sekali lagi tidak membenarkan orang Israel keluar dari Mesir (ay.23) walaupun sudah melihat keajaiban tongkat Harun menjadi ular dan air sungai Nil berubah menjadi darah (ay.10) yang menyebabkan ikan-ikan mati membusuk dan orang Mesir tidak dapat meminum air sungai (ay.21), sebab tukang-tukang sihir orang Mesir dapat melakukan perkara seperti itu tongkat mereka berubah menjadi ular dan mengubah air menjadi darah (ay.22).
Banyak persamaan perkara-perkara dunia dan daripada TUHAN, iblis tahu itulah cara terbaik memujuk orang tidak percaya kepada Tuhan Yesus.
Semoga kita seperti Musa berumur 80 tahun dan Harun 83 tahun masih menurut perintah TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami yang sudah berumur supaya tetapi menurut perintah-Mu bekerja untuk TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 12.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment