BMDC KEJADIAN 47:27-28
Demikianlah orang Israel menetap di Mesir, di daerah Gosyen. Mereka menjadi kaya dan mempunyai banyak anak cucu di situ. Yakub tinggal di Mesir selama tujuh belas tahun sehingga dia berusia seratus empat puluh tujuh tahun.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mereka menjadi kaya" Bab 47 kitab Kejadiaan kisah keluarga Yakub menetap di Gosyen, Yakub bertemu dengan raja Mesir dan memberkatinya (ay.7), apabila raja bertanya berapa umur Yakub, dia menjawab umurnya singkat hanya 130 tahun dan penuh kesukaran (ay.9), umur seperti itu pada zaman sekarang bukanlah singkat, tetapi Yakub tidak menikmati hidup 130 tahu itu mungkin sebab dibayangi kisah tipu daya yang melingkari hidupnya, lebih baik kita bertaubat jangan ada lagi tipu daya supaya hidup tenang.
Oleh sebab kebuluran amat dahsyat seluruh tanah Mesir dijual oleh rakyat kepada Yusuf untuk membeli gandum, tanah mereka telah menjadi milik raja (ay.20).
Orang Israel pula yang menetap di Gosyen menjadi kaya dan ramai cucu (ay.27), TUHAN telah menjaga mereka daripada kebuluran.
Semoga kita seperti orang Israel menjadi kaya dan ramai cucu di mana pun kita menetap sebab TUHAN yang menjaga.
Doa: Tuhan Yesus berkatilah kami supaya tidak menjadi pengemis di mana sahaja kami menetap.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 2.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment